Monday, March 17, 2008

Mengenali Sirah Rasul Dan Kepentingannya







SIRAH RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Disediakan oleh:
Mohd Sujairi Bin Makhtar

Fakulti Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

1.0 BIOGRAFI

Nama :
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf
bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah
bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.

Bapa :
Abdullah bin Abdul Mutalib
Ibu :
Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab
Tarikh lahir :
Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyhur).
Pendapat yang rajih pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.

Status :Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa
berumur 6 tahun.


2.0 PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN
HINGGA DIANGKAT MENJADI RASUL

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu. Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.
Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka sanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati. Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Allah berfirman yg maksudnya: "Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud; "Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah? sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi; "Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)." Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan. Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arah ibu kota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.
Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit. Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.

KEPENTINGAN SIRAH NABI DAN PENGAJARAN

1. Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah
dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita
betapa hidup baginda penuh dengan liku-liku.Menjadi anak yatim pada usia mentah
memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2. Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman
kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya
bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi
Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah
orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn
mudah.
3. Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat
Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya
dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad
sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku,
nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya
A LLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang." Dan bukan pula menyambutnya dengan
mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki
perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.
4. Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati
kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut
merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa
(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka
sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
5. Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman
ALLAH; "Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya
kamu daripadanya, maka hindarkanlah."
6 kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang
disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka
dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah
Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
7. Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah
dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.
wallahu a'lam

18 comments:

sujairi_usim said...

Askm,welcome to my blogspot....blog sy sdia mnerima komen spa2 je, tafadhal......

محمد شمس الدين ماجد said...

0179550658salam, chat ke?
saya tngk anda ni rajn la, buat
rajn2 ek.

mhab said...

macam pernah baca je artikal ni tapi dimana yea

SHUKRI KS26116 said...

boleh tahan jugok cerita mu ni pok dik, tahniah lah kerana berjaya menghasilkan sebuah cerita yang menarik, tp aku confirm mu copy paste ni, klu x mana mu blh buat cerita gini..he.he.. sorry

ziey said...

salam...
tahniah...pnjgnye cite 2..
tp skurng-kurangnya dapat jg saya tahu kpntgan sirah Rasul..
syukran..

wassalam...........

Rai Arn said...

salamualaika..

em..gud story..
ana sk citer ni..smg cite ni mnjd pnduan kpd kt sume..
syukran laka..

azlin said...

salam..
semoga risalah dapat mmbntu dalam lebih mengetahui tntg sirah rasul n jg mmbntu dalam final exam nanti...good luck..

amani said...

salam bagusla article ni..whatever good luck n teruskan perjuangan anda..

achik said...

assalamualaikumwarahmatuAllahiwabarakatuh....buleh kiro cito mung..tp aku confius mn mung dpt citer ni..'ala kulli hal,smoga citer mung dpt mmberi manfaat untuk kite semua..ape yang pasti ARSENAL akn kalah dan MU akan merangkul kjuaraan..

bDk pAhANg said...

tayyib krn dpt m'yiapkn cite tntg srah rasul ini,hati ak gemntar bile bacer citer ni....aku bg ko 1000000 bintang,,,

syawal@jerung said...

salam bagusla article ni..whatever good luck n teruskan perjuangan anda..

BUSYRAA said...

slm syeh..bgus artkel nie.smga artkel dpt mnjd bhn rjkn ble nk wat xctemnt.copy n paste je ekkk.hehe.tayyyyib.salammm.......

Anonymous said...

salam,thniah kpd mu ,sedaplah blog ni,tp aku x thu tjuk gapo sbenornye blog ni.......

helmy said...

salam.pokdik.baguih2.teruskan usaha anda.jgn dok taksub dgn arsenal jer.bye

nawwir nur-eniey- said...

Assalamualaikum!!
syabas ya akhi Sujairi...crita yang padat dan bermanfaat..menarik ble baca crita nie..mantapkan lagi perjuangan yaa..walau ke titisan drah yang terakir..INSYAALLAH!!!

KimAmaN said...

Salam..

Tahniah dpt mhasilkan sbuah blog bkisarkan kisah nabi kita..
cerita ni mcm pnah bacer jer yerk,tp 2 la..xtau kt maner..nnt la yerk check balek..huhuhuuu..

pe2 pn teruskan lg usaha anda..

zulfa said...

salam,welldone masya-allah..
slps sy bc article ni bru sy tau lbh mendalam tntg nabi kita Muhammad s.a.w,syukran jazilan ilaika ya akhil karim..gud luck,smoga suksess selalu..jgn lupa komen sy lak ek,bye..

w.i.s.d.O.m said...

uikz... ni baru la eseiment namanyerr..:D

pe2pn,gudwork,gudjob,gudstory..
keep trying the best yaa..

sama2lah kte amik pengajaran dari citer ni ek.. smoga ia mberi manfaat kpd kite sume..

barakallahu fika daiman wa abadan..insyaAllah..
chayOo!!

p/s:- jgn lupa komen blog sy tau:D
tQ:D